3 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Semakin Gemar Laksanakan Korban Diluar Negara

//3 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Semakin Gemar Laksanakan Korban Diluar Negara

3 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Semakin Gemar Laksanakan Korban Diluar Negara

Kedatangan Aidiladha saban tahun amat simbolik dengan satu ibadah kecil yang amat dituntut – iaitu ibadah Korban.

Sememangnya ibadah Korban (juga disebut Qurban) amat dituntut untuk dilaksanakan ditempat sendiri. Walaupun hukumnya hanyalah Sunat Muakkad (sunat yang menghampiri wajib), amatlah rugi jika kita yang mampu sengaja tidak melaksanakannya.

 

Namun adakah anda tahu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk melaksanakan Korban di luar negara?

Buktinya pada tahun 2016 sahaja, mengikut data tidak rasmi yang dikumpul dari penganjur-penganjur Program Korban di Luar Negara lebih RM10 juta nilai korban meliputi lembu dan kambing dilaksanakan diluar negara.

Banyak kan?

Daripada jumlah itu, dianggarkan lebih 50,000 rakyat Malaysia melaksanakan korban diluar negara pada tahun lepas. Angka ini didapati meningkat dengan mendadak setiap tahun.

Kembali kepada tajuk, apa sebabnya rakyat Malaysia semakin gemar laksanakan Korban diluar negara?

Ini sebabnya…

  1. Harga yang jauh lebih murah

Harga pasaran untuk 1 bahagian korban di Malaysia pada tahun ini (2017) adalah diantara RM650 hingga RM700. Bahkan di satu tempat ia boleh mencecah RM750-RM800.

Harga yang semakin meningkat ditambah pula dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat kini seringkali menjadi alasan untuk tidak melaksanakan ibadah korban.

Namun, adakah anda tahu, dengan RM600 anda boleh dapat 2 bahagian Lembu sekiranya dilaksanakan di luar negara?

Ya, kebanyakan pengendali program Korban di Luar Negara hanya mengenakan RM300-RM350 sahaja untuk 1 bahagian lembu.

Mana logiknya harga tu?

Ada dua sebab utama;

i) Negara Penternak vs Negara Pengimport: Negara-negara seperti Thailand, India, Republik Chad (Afrika Tengah) dan Bangladesh merupakan negara penternak lembu. Jadi harga disana jauh lebih murah dari Malaysia yang kebanyakannya mengimport lembu (dan kambing) dari negara-negara jiran.

ii) Kadar tukaran matawang asing: Secara relatif, Ringgit Malaysia lebih bernilai daripada beberapa matawang negara-negara pelaksanaan Korban seperti Bangladesh dan Chad. Contoh mudah jika rakyat Singapura ingin laksanakan Korban di Malaysia, mereka hanya perlu bayar sekitar SGD200 ke 250 sahaja untuk satu bahagian. Murah kan?

  1. Masyarakat yang lebih memerlukan

Keadaan umat Islam di Malaysia walaupun tidaklah begitu senang, sekurang-kurangnya untuk merasa makan daging atau ayam seminggu sekali bukanlah satu kepayahan.

Ia bukanlah mengenai kelazatan makanan semata-mata. Tapi ia berkenaan nutrisi makanan seimbang yang diperlukan tubuh badan manusia.

Jika dibandingkan dengan keadaan umat Islam di negara-negara luar terutama negara yang umat Islamnya adalah minoriti dan tinggal dikawasan pedalaman seperti Kemboja, Filipina, Laos, Vietnam, Selatan Thailand dan India, keadaan mereka jauh lebih memerlukan.

Pelaksanaan Korban di Kem Pelarian Rohingya, Cox Bazar, Bangladesh

Di Kemboja contohnya, masyarakat Muslim disana kebanyakannya tinggal di Perkampungan Nelayan. Pendapatan seharian mereka hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga setiap hari. Untuk merasa daging sebagai makanan walaupun sebulan sekali adalah amat sukar.

Melalui sumbangan daging Korban dari Malaysia (dan beberapa negara lain) saban tahun sajalah, baru mereka dapat merasa daging lembu/kambing sebagai hidangan.

  1. Mengelakkan pembaziran

Tidak dinafikan kesedaran untuk melaksanakan Korban saban tahun di Malaysia semakin meningkat. Dan ia satu perkara yang positif. Syabas rakyat Malaysia!

Namun, jika kita perhatikan, pembaziran kerap berlaku ketika musim Korban. Bagaimana ia berlaku?

Kebanyakan tempat terutama masjid dikawasan bandar biasa melaksanakan Korban dalam skala yang besar. 60-70 ekor lembu bagi satu masjid adalah perkara yang bukan luar biasa.

Daging-daging korban akan diagih kepada kariah tempatan. Ada yang sehingga penuh peti ais. Disimpan beku beberapa lama sehingga berkeadaan tidak segar sehingga suatu masa. Lalu kemana daging tersebut ditempatkan jika tak lagi digunakan?

Jika tidak dibuang pun, berlaku lebihan ketara kepada bekalan daging Korban tersebut. Bukankah jauh lebih baik jika ia diagih kepada masyarakat yang lebih memerlukan di luar negara?

Namun ditekankan sekali lagi disini. Asal ibadah Korban itu adalah lebih afdal ditempat sendiri. Ibadah Korban yang dilaksanakan diluar negara hanyalah alternatif bagi yang kurang mampu dengan harga pasaran di Malaysia.

Dunia Korban adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaksanaan ibadah Korban dan Aqiqah di luar negara.

Untuk memastikan pelaksanaan yang telus dan profesional, Dunia Korban telah menjalin kerjasama dengan Zabeeh Services Sdn Bhd (1100144-T) sebagai urusetia pelaksana Korban dan Aqiqah di luar negara.

(Perjanjian Kerjasama dimeterai antara Tuan Ahmad Fadzlullah – Pengarah Urusan Zabeeh Services (kiri) dan Tuan Sulaiman Arsad – Pengurus Dunia Korban)

Zabeeh Services Sdn Bhd dah berpengalaman selama 7 tahun dalam melaksanakan Aqiqah dan Korban rakyat Malaysia di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik seperti Myanmar,  India, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Chad (Negara ketiga termiskin dunia) dan banyak lagi.

Kebanyakan tempat pelaksanaan merupakan kawasan pedalaman yang didiami masyarakat muslim yang lebih memerlukan.

Selain menawarkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran Malaysia, kita juga dapat membantu masyarakat muslim yang lebih memerlukan.

Ia akan menjadi nilai tambah yang baik kepada ibadah kita InsyaAllah.

Seperti yang tertera dalam gambar di atas, sebahagian lembu cuma RM300 dan seekor kambing cuma RM580. Insya Allah dengan harga sebegini, kita akan dapat berkongsi rezeki dengan umat-umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik.

Ribuan umat Islam Malaysia dah cuba perkhidmatan mereka dan kesemuanya berpuas hati. Harga jauh lebih murah membolehkan lebih ramai melakukan ibadah korban, sijil disediakan sebagai tanda korban telah dilakukan serta mereka yang terlibat dalam ibadah ini sangat berpengalaman dan profesional.

Sijil Pengesahan yang akan dipos ke alamat peserta

Hati pun lebih tenang kerana tahu ibadah kita telah selamat dilakukan dengan adanya sijil ini.

Inilah caranya kalau anda nak mendaftar Korban/Aqiqah bersama Dunia Korban;

  1. Terus ke laman web mereka: www.duniakorban.com
  2. WhatsApp/Call 013 9078767 atau terus klik link ini untuk whatsApp mereka duniakorban.wasap.my

Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki serta melahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmatNya dengan melakukan ibadah korban/akikah bersempena Hari Raya Aidiladha ini. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik.

Maklumat lanjut layari www.duniakorban.com atau Facebook Dunia Korban

(Visited 166 times, 1 visits today)
2018-07-25T09:36:38+00:00