Orang
cakap anak-anak ini adalah rezeki buat ibubapa. Lagi ramai anak yang kita ada,
lagi bertambah rezeki keluarga tersebut kan? Namun, ramai dalam kalangan
ibubapa yang mempunyai konsep pemikiran yang salah iaitu terlampau berkira
dengan anak-anak apabila mereka kian membesar. Nak beli barang kesukaan mereka
satu pun tak boleh.

KITA BERKIRA DENGAN ANAK, REZEKI AKAN BERKIRA DENGAN KITA

Pernah tak kita
terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat
kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.

Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk.
Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung
halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat
calon yang temuduga.

Masa berhenti kerja lama
gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak
survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di
harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua. Semua berubah bila saya leka. Di
tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10
malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit
wang gaji tak cukup.

Bila wang tak cukup mulalah
berkira-kira dengan anak. Mainan rm 5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak
menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali. Pada mulanya
salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya
semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah
Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.

Besar tanggungjawab kita
untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.

INI 8 AMALAN SAYA MENJEMPUT REZEKI MELALUI ANAK

1. KANAK-KANAK PANTANG NAMPAK MAINAN.

Sebulan sekali beri
mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan
mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka
happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila
keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.

2. BERIKAN MEREKA PELAJARAN YANG TERBAIK.

Jangan pilih taska sebab
sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk
belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang
bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak
anak-anak.

3. LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK AT LEAST SEMINGGU SEKALI.

6 hari masing-masing
sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama.
Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat
learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.

4. SEDIAKAN KEPERLUAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.

Jangan recycle sahaja.
Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh
belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.

5. BANYAK KAEDAH PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK.

Ia dapat membantu
perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan
mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua
bahagian kritikal otak berkembang masa ini.

6. SENTIASA PRIHATIN DENGAN PERUBAHAN SIKAP ANAK-ANAK.

Jangan sentiasa fikir
mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu.
Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STR3SS? Sekali mereka
stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.

7. JANGAN MARAH ANAK TANPA BERFIKIR PANJANG.

Bila nak marah tu paksa
diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan
terkeluar kata-kata kes4t. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan
ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah
mereka buat.

8. SETIAP KANAK-KANAK ADA PERKEMBANGAN BERBEZA.

Fahami dan cuba bantu
mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti
dari membanding dengan kanak-kanak lain.

MENCURAH-CURAH REZEKI MASUK

Alhamdulillah selepas
saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang
dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan
bagi membesarkan zuriat kita.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membnuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah
al-Isra’, ayat 31)

Nak rezeki
mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki
datang mencurah-curah. Tak percaya? cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise
mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya. Jangan salahkan
saya bila rezeki melimpah tak henti-henti.

(Visited 162 times, 1 visits today)