Apakah Hukum Jika Suami Ambil Duit Isteri Tanpa Kebenaran, Lepas Tu Tak Mengaku? | Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.
PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapannya itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.
Melalui akaun Instagram, PU Azman menjawab persoalan seorang netizen kepadanya. Kali ini PU Azman menjawab persoalannya di ruangan posting berkenaan dan tiada gurau senda dari PU Azman.
Hukum Suami Mengambil Duit Isteri Tanpa Kebenaran
Soalan yang diajukan oleh netizen berkenaan :
” Nak tanya, kalau husband dia bukak wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran, lepas tu tak mengaku ? “
Baca penjelasan daripada PU Azman di bawah :
” Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah.. “
” Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami. Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.. “
” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.. “
” DALIL :
قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi : “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu? ” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim] “
Beberapa komen netizen mendapat perhatian dan komen balas daripada PU Azman :
Antara komen-komen lain yang diterima oleh PU Azman di akaun instagram miliknya :
” Suami sy pun x pnh guna duit sy klu tnpa izin tp besday dia stahun 4 5 kli request. Tp sy suka sbb rasa prangai dia comel masa mintak adiah arijadi tuk 4 thun akn dtg puyer.. “
” Ak jenis malu nk mintak wet bini.. Ape2 pn ak besyukur.. Dgn gaji tak seberapa.. Ak xpenah lagi abai kn tanggung jawap ak sebagai suami.. Walau pn sikit.. Ak tetap beri… “
” Malangnya ramai lelaki Melayu macam ni… so typical. Dan isteri.. kalau nak rumahtangga aman kerana sayang anak2.. kenalah redha..sabar. Tak kanlah nak cerai berai kan… “
” Tak kisah lah klu suami nak ambik…bkn org lain pun suami kita … klu sy lah tak kisah pun… “
” Suami sy alhamdulillah,walaupun pinjam rm10 dgn sy, ttp byr blk.tp sy halalkn je..sy pun kalo amik duit dari wallet suami, ttp bgtau dia.. “
” Duit isteri hak isteri , duit suami isteri punya jgak hahahaha.. “
” Alhamdulillah..xpernah lg husband buat gini.ambik duit dlm wallet husband pun xpernah.tp guna duit dia tuk online ade la.. “
Terima kasih PU Azman atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Kredit : IG PU Azman
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment