ARTIKEL

/ARTIKEL
ARTIKEL2017-07-16T16:46:34+00:00

“Bagaimana kamu rela duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelihnya?” – Kisah lengkap sejarah ibadah korban

Nabi Ibrahim as adalah salah seorang nabi yang termasuk ke dalam ulul 'azmi, iaitu golongan nabi yang salahsatu cirinya mempunyai kesabaran lebih berbanding manusia biasa. Beliau juga dikenali sebagai abul adyan (baca: bapa agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An'am ayat 75-76. Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim A.S. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. [...]

HUKUM IBADAH KORBAN

    Para ulama’ telah sepakat bahawa ibadah korban merupakan ibadah yang telah disyariatkan. Namun, mereka berselisih pendapat bekaitan hukum ibadah ini. Ada yang mengatakan ibadah ini wajib dan ada pula yang mengatakan ibadah ini sunat. Pendapat-pendapat mereka disokong dengan hujah-hujah yang kuat.     Antara ulama’ yang berpendapat bahawa ibadah ini wajib ialah Imam Abu Hanifah dan beberapa pengikutnya. [...]

Cara Sembelih Lembu Menurut Syarak

Terdapat dua keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.   a)   Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya. Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)   b)  Penyembelihan ke atas [...]

SYARAT SAH KORBAN

Syarat yang utama ialah seseorang itu mampu melaksanakan ibadah korban, dan tidak dituntut bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada hari raya Aid adha dan hari-hari tashriq (11, 12 dan 12 Zulhijjah) Syarat mukallaf untuk seseorang melakukan ibadah korban ialah beragama Islam, merdeka, aqil baligh, bermukim dan berkemampuan.   Syarat binatang sembelihan: Menurut ijmak ulama’ binatang yang harus [...]

Hukum Melakukan Ibadah Korban Ke Luar Negara

1) Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri. 2) Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari [...]

(Visited 102 times, 1 visits today)