Memelihara haiwan bukan sahaja dapat dijadikan peneman ketika berada di rumah, malah boleh terhibur dengan telatahnya. Apatah lagi haiwan manja dan sukakan perhatian seperti kucing yang comel.
Menerusi satu perkongsian di TikT0k kelihatan kucing dewasa sedang mengheret seekor lagi haiwan ini. Nampak haiwan ini mengigit bahagian leher kucing tersebut dan dibawa ke sebuah rumah.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kucing yang dibawa ke rumah itu adalah Si Oyen. Umum sedia tahu Si Oyen cukup sinonim dengan perangai nakalnya. Berikut adalah perkongsian rakaman ibu kucing paksa Oyen balik ke rumah:
Buat hal betul Si Oyen ini nampaknya! Bukan main lagi dia pergi merayap sampai kena paksa balik rumah. Apa-apa pun perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikT0k dengan nama akaun zamgaban ini telah meraih lebih 21 ribu tontonan dan seribu likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka dengan rakaman ibu kucing paksa Oyen di ruangan komen seperti berikut:
“Adoi kesian dengan mak tu Oyen nak dokong pun dah tak larat”
“Hahaha da besa2 kena jaga lagi. Kucing aku anak umur sebulan dia tinggalkan”
“Oyen tu biasanya trouble maker. Mak dia dah tak larat nak minta maaf dengan jiran. Ni pun dah kali ke berapa kena bantai dengan mak dia”
“Oyen ni anak dia. Besaq dah. Tapi mak dia sayang kat dia”
Be the first to comment