Bibik hampir meng4muk, aku tadah air nak basuh baju. Si oyen berendam gaya dalam kolam mandi.

Seperti yang kita tahu biasanya kucing cukup takut dengan air dan pasti akan mengelakkan diri dari dimandikan oleh pemilik mereka. Tetapi berbeza pula dengan gelagat seekor kucing ini yang langsung tidak takut dengan air malah siap duduk berendam lagi di besen ini.

Gelagatnya ini turut membuatkan netizen terkejut melihatnya lagi-lagi reaksinya yang cukup tenang berendam di dalam air ini. Malah video tersebut juga telah tular apabila dikongsikan kerana telah meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang dirakamkan sedang elok duduk di dalam besen tersebut. Apa yang menarik perhatian ialah besen tersebut dipenuhi dengan air di mana kucing itu sedang berendam dalamnya.

Menurut pemilik kucing itu, pada awalnya dia menyangka ia adalah baju untuk dicuci dan direndam di dalam besen tersebut. Ternyata sebaik sahaja dia memeriksanya, kelihatan kucingnya itu yang sedang melayan perasaan sambil berendam.

Lebih melucukan, gayanya juga kelihatan seperti mereka yang sedang bercuti di dalam kolam pula ditambah dengan reaksi tenangnya itu. Netizen turut tidak menyangka ada juga kucing yang suka rendamkan diri mereka di dalam air seperti rajah di atas.

VIDEO :

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur bila melihat gelagat si bulus yang lucu ini.  Malah ada yang berseloroh mungkin juga dia sebenarnya bukanlah seekor kucing sebaliknya adalah ikan.

“Melanggar ciri kucing”

“Mak panas.”

“Ikan jelmaan kucing.”

“Aku tak percaya itu kucing.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*