Anak mana yang taknak berbakti untuk mak ayah sendiri sampai akhir nafas. Tapi lain dengan kisah family kandung aku sendiri. Aku bukanla dari golongan keluarga berada. Bini aku pulak keluarganya orang berada. Tapi dia sanggup pilih aku sebagai suami. Kadang aku malu, keluarga aku tak pernah ukur baju di badan sendiri.
Jiran jalan situ, family aku nak jalan situ. Jiran beli itu ini, mak aku pun nak jugak. Dulu sebelum kahwin, boleh la aku bagi macam mak aku nak. Mak aku yang tetapkan tiap bulan dia nak duit banyak mana. Zaman bujang memang aku tak berkira.
Aku tolong family aku selama 2 tahun plus tolong abang aku yang still belajar dalam tempoh 2 tahun tu. Sekarang aku dah 1 tahun kahwin, aku rasa tertekan sebab mak aku selalu tekan aku.
Masa mula kahwin, aku dengar mak aku cakap kat bini aku “pesan kat suami, dapat gaji, bayar duit kereta, ptptn, lepastu kena bagi kat mama jugak tiap tiap bulan ” mak aku tak cakap langsung tanggungjawab aku untuk bini. bini aku just senyum.
Bukan aku nak lebihkan bini aku bukan aku ikut telunjuk bini aku tapi Kadang aku rasa letih nak puaskan kehendak keluarga aku sendiri.
Sepanjang tempoh kahwin, bila gaji mak aku akan whatsapp kata jangan lupa duit untuk dia. Hantar duit kat rumah mak secepat mungkin. Kebetulan bini aku bunting pelamin. Kira banyak la persediaan aku kena buat, kena menabung.
Bila dah kahwin aku kurang mampu dah nak bagi macam dulu, sebab aku banyak lagi komitmen. Tapi mak aku macam taknak faham keadaan aku dah berkahwin sekarang ni.
Sekarang abang aku dah habis belajar dah kerja. Mak aku duk puji abang aku bagi banyak tu banyak ni tiap bulan berbanding banyak mana yang aku mampu bagi selama aku kahwin. Aku tak kisah mak aku nak bandingkan pun. Selama kami kahwin, aku nak bawak bini aku pi jalan jalan pun mak aku control.
Bila aku bawak diam diam dan mak aku dapat tau. Dia tarik muka dan bising. Dia kata membazir. Kalau bagi kat mak and adik adik kan bagus. Aku malu dengan bini aku. Dgn sikap family aku.
Kami dah ada anak sorang sekarang 3 bulan lebih. Bila dah ada anak, lagi bertambah la belanja tiap bulan. Sekarang kilang aku pulak ada problem, dari shift terus kena normal. Gaji aku start bulan ni akan dapat RM1.3K macamtu ja.
Bini aku ada buat bisnes makanan kecik kecik. Tolong aku sikit sikit. Bila aku buat kira kira, kereta, duit kerja, anak, isteri, rumah, belanja harian. Tak cukup. Tak cukup untuk aku bagi kat mak aku.
Sepanjang kahwin kadang aku terbagi kurang, mak aku bising sampai sumpah seranah. Sekarang ni aku tak tau macam mana nak buat. Aku tak tau macam mana nak bagi mak aku faham keadaan aku sekarang ni. Aku cuba gak cari partime.
Aku taktau macam mana nak bagitau mak aku yang aku tak mampu. Entah bila kilang aku nak stabil balik. Nak pindah kerja, aku ada anak bini. Adakah berdosa kalau sebagai anak lelaki kadang tak mampu nak bagi duit bulan bulan kat mak?
Start bulan ni and mungkin sampai tahun depan. Runsing aku. Selama sebelum kahwin dan selama kahwin aku tak pernah miss bagi duit. Cuma start bulan ni memang tak cukup min. Takkan aku nak biarkan anak bini aku kelaparan.
Aku tak nak mak aku tuduh bini aku macam macam. Dalam bini aku pantang, kereta aku family aku ambik pi rumah dorang. Mak aku cakap bini aku pantang tak pakai kereta, so bagi family guna dapat jugak pahala. Tolong aku semua, tolong bagi pandangan apa aku patut cakap dan buat. Aku perlu jaga kedua dua hati. Mak dan bini.
Sumber : ekisah.com
Be the first to comment