Bismillahirrahmanirrahim.

 

Masalah berkaitan niat sangat sinonim dengan kaum islam melayu khususnya. Namun bergitu, kita tidak boleh memandang perkara ini secara remeh kerana dalam hadis menyebut setiap perbuatan/ibadah diterima berdasarkan NIAT.

 

Pada entri kali ini, kita akan melihat cara niat berqurban.

 

Pertama, ibadah qurban sebagaimana layaknya ibadah lainnya, harus dilakukan dengan niat. Adanya niat merupakan syarat sah berqurban. An-Nawawi mengatakan:

والنية شرط لصحة التضحية

Niat adalah syarat sah berqurban.” (Al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 8/380).

Kedua, ulama sepakat bahawa niat tidak perlu dilafazkan. Kerana niat tempatnya di dalam hati, bukan pada lisan. Seseorang mengucapkan perkara A, namun tidak selari dengan apa yang terbuku isi hatinya maka tidak dikira sebagai niat. Kerana itu, tidak ada lafaz niat yang tidak mungkin difahami oleh orang yang mengucapkannya.

 

Contoh situasi, seseorang bertanya niat ibadah qurban misalnya. Kemudian dia mendapatkan jawapan, bahawa niat qurban bunyinya : nawaitu al-udhiyata bi syaatin lillahi ta’ala. Dia ucapkan teks niat ini ketika hendak menyembelih, sementara dia sama sekali tidak tahu pengertinya. Oleh itu, tidak mungkin ucapan ini boleh dikira sebagai niat. Padahal dia tidak faham dengan niat yang dia ucapkan.

 

Konklusinya, Ketika anda sudah punya keinginan untuk menyembelih haiwan lembu/kambing/unta sebagai qurban, maka anda sudah dianggap berniat untuk melakukan qurban.

Bahasa mudah ialah ketika anda melakukan pembayaran kepada wakil untuk melakukan qurban, anda telah ada niat untuk berqurban secara anda sedar sebab itu anda membayar sekian jumlah. Jika tidak ada niat untuk qurban mengapa anda membayarnya?

 

Ketiga, Ucapan yang dilafazkan ketika menyembelih: Allahumma hadza minka wa laka annii [Ya Allah, ini nikmat dari-Mu, qurban untu-Mu, dariku] bukan niat tapi hanya i’lan (menggambarkan). Dia ucapkan itu, sebagai bentuk menggambarkan apa yang ada dalam hatinya.

Imam Ibnu Utsaimin, ulama yang bergelar faqihuz zaman, pernah ditanya, apakah lafaz yang diucapkan ketika menyembelih termasuk bentuk melafazkan niat?

Beliau menjawab:

ليس هذا تلفظاَ بالنية ، “لأن قول المضحي : هذه عني وعن أهل بيتي ، إخبار عما في قلبه ، لم يقل اللهم إني أريد أن أضحي . كما يقول من يريد أن ينطق بالنية ، بل أظهر ما في قلبه فقط ، وإلا فإن النية سابقة من حين أن أتى بالأضحية وأضجعها وذبحها فقد نوى” انتهى .

“Ini bukan bentuk melafazkan niat. Kerana perkataan orang yang menyembelih: ‘Ini qurban dariku dan keluargaku’ sifatnya sebatas memberitakan apa yang ada dalam hatinya. Kerana dia sendiri tidak mengatakan: ‘Ya Allah, saya ingin berqurban.’ Sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang melafalkan niat. Akan tetapi yang dilakukan orang ini hanya menampakkan apa yang ada di hatinya saja. Kerena sesungguhnya niatnya sudah ada ketika hewan qurbannya dibawa, kemudian dibaringkan dan disembelih, berarti dia sudah niat.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 22/20)

Keempat, Apakah niat qurban harus bersamaan dengan menyembelih qurban?

Dalam hal ini ada dua pendapat, sebagaimana yang disebutkan An-Nawawi dalam Al-Majmu’;

وَهَلْ يَجُوزُ تَقْدِيمُهَا عَلَى حَالَةِ الذَّبْحِ أَمْ يُشْتَرَطُ قَرْنُهَا بِهِ، فِيهِ وَجْهَانِ: أَصَحُّهُمَا: جَوَازُ التَّقْدِيمِ كَمَا فِي الصَّوْمِ وَالزَّكَاةِ عَلَى الْأَصَحِّ

Bolehkah mendahulukan niat sebelum menyembelih qurban, ataukah disyaratkan harus menyatukan niat dengan menyembelih?
Dalam hal ini ada dua pendapat dalam madzhab syafiiyah: pendapat yang paling kuat, boleh mendahulukan niat sebelum menyembelih, sebagaimana untuk puasa dan zakat, menurut pendapat yang kuat. (Al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 8/406).

Kelima, Orang yang mewakilkan penyembelihan qurban kepada penyembelih, yang berniat bukan penyembelihnya tapi pemilik haiwan qurban itu. Sementara yang diucapkan oleh si penyembelih, hanyalah mengambarkan bahawa qurban ini dari si Fulan. Si penyembelih mengucapkan: Allahumma hadza ‘an Fulan [Ya Allah, ini dari Fulan]. Andaipun si penyembelih tidak mengucapkan kalimat pemberitaan ini, qurban tetap sah.

Allahu a’lam.

Oleh ustadz Ammi Nur Baits

(Visited 15,448 times, 1 visits today)