Seekor kucing telah mencuri perhatian ramai di Inst4gram kerana mempunyai dua pasang telinga pada kepalanya.
Menurut Daily Mail, anak kucing berusia empat tahun dengan nama panggilan Midas, mempunyai empat telinga akibat mutasi genetik.
Mempunyai pengikut di Instagram dengan lebih 46ribu followers, Midas sering mencuri perhatian dek kerana sepasang telinga normal dan sepasang lagi telingan yang lebih kecil.
“Kucing saya sihat tetapi akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam beberapa bulan untuk memastikan tiada mutasi genetik lain dikesan dalam badannya.
“Midas merupakan seekor kucing yang sangat mesra dan suka bermain. Ia tidur sepanjang hari dan berjaga sepanjang malam,” katanya.
Ibu kucing berkenaan yang merupakan kucing jalanan, melahirkan Midas dan enam lagi adik-beradiknya di sebuah kebun milik rakan kepada pemilik mereka sekarang ini.
Doktor haiwan yang memeriksa Midas turut mengesahkan bahawa kucing itu sihat dan tiada yang membahayakan dengan telinga tambahannya itu.
Be the first to comment