Adakah anda pecinta kucing? Kucing merupakan haiwan peliharaan kegemaran para pecinta binatang. Hal tersebut tidak menghairankan kerana binatang berbulu ini memiliki paras lucu nan menggemaskan.
Selain memiliki tingkah yang menggemaskan, kucing merupakan mamalia yang kerap menjadi haiwan peliharaan banyak keluarga di dunia. Haiwan peliharaan seperti kucing memang mampu membuat hari-hari anda penuh warna.
Satu perkongsian video di laman fesbuk ini amat menarik perhatian para netizen. Video menunjukkan dua ekor anak kucing yang masih kecil. Seekor daripadanya yang berwarna sedikit kelabu telah mengalami sawan. Apa yang membuatkan orang ramai terharu adalah adiknya iaitu kucing dwi warna itu telah berusaha untuk menenangkan atau mengubati dan merawat kakaknya yang mengalami sawan tersebut.
Walaupun hanya seekor haiwan namun tetap mempunyai kasih sayang prihatin dan bertanggung jawab,..mulianya sifatmu dan memang selayaknya menjadi binatang kesayangan rasulullah SAW
Di bawah adalah antara komen2 yang ditinggalkan para netizen.