Lelaki Sedih Tengok Kucing Terbaring Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta,Ingatkan Dah Innalillah Sekali Tengok Ya Allah

Kucing ni memang bijak, boleh jadi kawan kadang bole jadi penghibur.Pencinta kucing pasti tahu akan kenakalan haiwan peliharaan mereka.Kadang menghiburkan terkadang rasa nak marah .. tapi sayang.Mungkin anda juga pernah mengalami situasi di mana  berasa tertipu dengan kucing atau anjing yang dijumpai di luar. Macam seekor kucing ini yang menarik perhatian ramai gara-gara lakonannya yang berpura-pura terbaring kaku di bawah kereta.

Pada awalnya ramai yang menyangkakan kucing itu dilanggar oleh kereta namun itu semua hanyalah lakonan kepura-puraan semata-mata. Netizen juga turut sama terhibur melihat aksi kucing yang kekal terbaring kaku walaupun  diusik oleh lelaki ini.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan gelagat seekor kucing yang dilihat terbaring kaku di bawah sebuah kereta. Menurut lelaki berkenaan, pada mulanya dia menganggap kucing itu telah m4ti dilanggar oleh kereta  memandangkan dia hanya terbaring di situ tanpa bergerak.

Namun sebaik sahaja dia mendekatinya, kucing itu rupa-rupanya sedang nyenyak tidur dengan posisi lucunya itu. Malah semasa yang lain memberikan tumpuan padanya juga, kucing itu langsung tidak bergerak dan kekal terbaring kaku di situ.

Lebih melucukan, lelaki itu juga siap memegang kucing itu untuk mengejutkannya namun dia langsung tidak terjaga. Mereka yang berada di tempat tersebut turut berdekah melihat lakonan kucing itu yang berjaya membuatkan orang ramai berasa tertipu melihatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat lakonan kucing itu yang kekal terbaring di situ. Ada juga yang berseloroh kucing itu layak diberikan anugerah pelakon terbaik gara-gara lakonannya ini dalam menipu orang ramai.

Boleh menang anugerah pelakon terbaik

Umpan dengan ikan goreng untuk kejut bangun

Ingat main main game bole refill nyawa , wkwkwk

Simbah air bagi bangun

Apapun, kucing adalah antara haiwan yang menghiburkan.

sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*