Menderita Rindu Tuan Yang Telah ‘Pergi’,Kucing Menangis Terbaring Menanti Waktu Untuk ‘Ikut’ Sama Ke Alam Sana

Bukan manusia sahaja yang ada hati dan perasaan malah haiwan pun ada, lagi-lagi haiwan peliharaan. Lagi lama kita jaga makin sayang lah dia terhadap tuannya. Ini lah kisah si bulus yang dikongsikan oleh SYahrul Ayoi kerana si bulus itu fizikalnya lemah.

Sedih kita lihat fizikal kucing yang amat rindukan tuannya yang telah pergi buat selama-selamanya. Manusia seperti kita boleh meluahkan rasa rindu itu tapi bagaimana pula dengan si bulus ini?

 

Hari-hari Bawa Si Bulus Ke Kubur Arwah Ayah

Kisah petang tadi di tanah perkuburan Econsave Senawang. Masa nak balik daripada ziarah kubur mak, ada seorang budak bawa kucingnya yang kelihatan lemah ke kubur. Bila tanya, rupanya kubur itu adalah arwah ayahnya dan kucing tersebut adalah haiwan yang diperlihara oleh arwah…

Sejak arwah ayah meninggal bulan lalu, si bulus ini langsung tdak mahu makan dan hanya minum sahaja. Lalu anak arwah bawa si bulus ini ke kubur setiap hari untuk melepaskan rindunya terhadap arwah.

Semoga arwah dibalas dengan ditempatkan ke syurga dan semoga si bulus itu di berikan kesihatan yang baik seperti sediakala.. aamiin

Kain Yang Bewarna Hijau Untuk Kucingnya Bagi Melepas Rindu

Perkongsian Syahrul di Mingguan Wanita, si bulus itu masih bernyawa tapi keadaanya yang lemah sebab tak nak makan sejak arwah meinunggal dunia.

“Yang sedihnya, sampai je kubur arwah, dia boleh mengiau. Lepas itu, dia terbaring macam tu je. Kain hijau itu adalah kepunyaan arwah.”

Cerita Syahrul lagi, anak arwah memang kerap bawa si bulus itu ke kubur arwah ayahnya. Saya pula sememangnya hari-hari ke kubur selepas balik dari kerja.

“Saya ziarah kubur mak saya. Meninggal bulan 11 yang lepas.”

Begitulah, jalinan kasih yang terbina antara manusia dan haiwan peliharaan. Biar pun jauh dibatasi bumi, kasih tetap tak mati. Cuma kerinduan tidak berbalas itu teramat pedih untuk diungkapkan.

Follow & support admin, Link: https://kliksini.top/islamituindah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*