Seakan Tahu ‘Habis Masa’,Anjing Lumpuh Berusia 20 Tahun Ini Suka Dibawa Berendam Dalam Air Untuk Merasai Detik Pengakhiran H!dup Bersama Penjaganya.

John Unger, seorang lelaki yang berasal  dari Wisconsin, AS yang suka menyelamatkan haiwan jalanan. Pada ketika itu , anjing yang diberi nama Schoep baru sahaja berusia 8 bulan.Tahun demi tahun , Schoep membesar dan menjadi seekor anjing yang gagah.

Namun peningkatan umur juga tandanya penurunan tahap kesihatan Schoep.

Penjaganya John tinggal bersama Schoep selama 19 tahun. Walau bagaimanapun, Schoep telah lama mengalami “arthritis” iaitu radang sendi dan kelumpuhan. Doktor haiwan mencadangkan untuk memberikan suntikan maaut agar Schoep tidak perlu menderita lebih lama  akan tetapi John tidak bersetuju.

Tahun demi tahun , John menjaga dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada Schoep sepenuhnya. Waima untuk meninggalkan nya sendiri sekalipun John pasti tidak sanggup . John lebih suka berada disisi Schoep sepanjang masa .

Untuk memberikan sedikit kelegaan sakit yang ditanggung Schoep , John membawanya ke tasik bagi

Untuk melegakan kesakitan bersama Schoep, John membawanya ke tasik untuk mengurangkan tekanan ke atas sendi dan ototnya. Kerana aliran air terlalu selesa dan sejuk , Schoep sering tertidur di tangan pemiliknya.

Foto kenangan yang menyentuh itu diambil oleh rakan John, Hannah.Seorang jurugambar dan telah memuat naik gambar mereka ke dalam rangkaian media sosial yang akhirnya mencetuskan perbincangan yang hangat dan membuat banyak hati warganet tersentuh.

Tetapi pada tahun 2013, Schoep akhirnya meninggal dunia!

Pada mulanya, John bertemu Schoep dalam masa yang sukar dalam hidupnya. Pada masa itu John berjanji untuk merawat Schoep dengan baik dan akhirnya dia membuktikan janjinya.

Walaupun ketika Schoep akan mati, John masih berusaha untuk bertahan, bersungguh-sungguh untuk sentiasa menemani anjing kesayangan .

2 tahun dilalui selepas kehilangan Schoep , akhirnya pada tahun 2015 John akhirnya keluar dari kesedihan dengan  membawa ahli keluarga baru Xiong. Sebaik sahaja berita ini tersebar, warganet tumpang gembira dan mendoakan agar John terus berbakti kepada banyak lagi haiwan jalanan yang terpinggir .

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*