Soalan & Jawapan mengenai Ibadah Aqiqah

1. Apa itu aqiqah?
Dari segi syara’ : binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Rasullah bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat abu daud, at tarmizi dan ibnu majah

2. Kenapakah kena laksanakan aqiqah?
Disyariatkan oleh rasullah saw “bayi tregadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-tarmizi. Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah rasullah s.A.W.

3. Siapakah yang melaksanakan aqiqah?
Ibu bapa kepada yang mendapat anak.

4. Hukum aqiqah?
Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.

5. Berapa aqiqah untuk anak lelaki & perempuan?
Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing; Untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Hadis dari siti aisyah r.A “rasullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat at-tarmizi. Dalam kes anak lelaki, aqiqah seekor kambing pun sah kerana rasullah mengaqiqahkan cucu beliau hasan & husain dengan seekor kibasy – riwayat abu daud.

6. Dunia Korban tak buat bahagian lembu ke untuk aqiqah?
Kami hanya laksanakan seekor kambing sahaja untuk aqiqah kerana itu yang terbaik. Jika nak buat bahagian lembu mungkin syarikat lain laksanakan tapi kami tak buat.

7. Hari yang terbaik untuk laksanakan aqiqah?
Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah rasullah atau 14 atau 21 atau selagi dia belum baligh.

8. Kambing aqiqah sebaik-baiknya masak bagaimana?
Sunat daging aqiqah dimasak manis diambil sempena denganh manis@elok perangai anak nanti tetapi nak masak apa jua juadah pun boleh.

9. Jika saya sudah aqiqahkan anak lelaki saya dengan 1 ekor kambing kemudian saya ingin menambah seekor lagi kambing untuk aqiqah beliau, boleh ke?
Boleh untuk membuat yang terbaik untuk anak kita. Aqiqah terbaik untuk lelaki adalag 2 ekor kambing.

10. Apakah amalan-amalan lain pada hari ke-7 selain dari aqiqah?
Selain aqiqah, disunatkan juga mencukur rambut dan memberi nama yang baik pada hari ke-7.

11. Jika saya terlepas hari ke-7 untuk laksanakan aqiqah masih boleh buat ke?
Boleh buat. Sebaik-baiknya laksanakan aqiqah sebelum anak itu baligh. Tetapi sekiranya anak itu sudah baligh atau sudah dewasa maka ibu bapa juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aqiqah kerana itu tanggungjawab mereka.

12. Sekiranya ibu bapa saya tidak mampu laksanakan aqiqah untuk saya dahulu, boleh ke saya buat untuk diri saya sendiri walaupun saya sudah besar dan sudah bekerja?
Boleh dan sekiranya mereka sudah meninggal pun boleh laksanakan sendiri kerana rasullah sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul.

13. Saya baru berkahwin dengan saudara baru. Adakah perlu melakukan aqiqah untuk suami saya?
Harus suaminya diaqiqahkan.

14. Adakah memadai niat diatas kertas atau telefon sahaja?
Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat. Akad melalui kertas dan telefon dikira sah kerana perwakilan dari satu pihak ke pihak yang lain jelas dinyatakan.

15. Sekiranya saya ingin melakukan kenduri kesyukuran sambut bayi dengan duit yang diberikan daripada orang ramai boleh atau tidak untuk laksanakan aqiqah?
Boleh digunakan duit itu diberikan untuk keperluan bayi dan boleh digunakan oleh ibu dan ayahnya untuk laksanakan aqiqah untuk anaknya.

16. Duit yang diberikan diberikan kepada bayi sahaja.Boleh atau tidak digunakan untuk aqiqah sekiranya ibu dan ayahnya tidak mampu?
Boleh, gunakan dahulu duit itu dan satu masa walaupun anak sudah besar boleh gantikan semula. Contoh masuk dalam tabungnya atau lain-lain.

17. Aqiqah ini perlu buat setiap tahun ke?
Aqiqah hanya dilakukan sekali seumur hidup.

18. Boleh ke orang lain seperti datuk, nenek atau pak cik buatkan aqiqah untuk anak kita?
Boleh kerana rasullah sendiri mengaqiqahkan cucu baginda iaitu hasan & husain kerana ingin membantu anak beliau. Dengan tujuan ibu ayah kepada anak tersebut tidak berkemampuan lagi.

19. Saya ada anak angkat, perlu ke saya aqiqahkan dia?
Hukum sunat muakkad itu sudah tidak lagi, jatuh hukum sunat. Tetapi sebagai mensyukuri mendapat anak itu maka sunatlah diaqiqahkan juga.

20. Boleh ke saya aqiqahkan anak yatim?
Boleh dan digalakkan. Niat untuk membantu mereka untuk diaqiqahkan. Pihak Dunia Korban akan carikan nama-nama anak yatim tersebut.

21. Anak saya meninggal dalam kandungan atau sebelum sempat hari ke-7 sudah meninggal, perlukah saya buat aqiqah?
Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak. Semoga kita mendapat syafaat daripada beliau sebagai anak kita.

Soalan & Jawapan mengenai Ibadah Qurban

1. Apa itu qurban?
Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.

2. Kenapakah kena laksanakan qurban?
Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi muhammad saw. “maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – surah al kawthar 108:2

3. Siapakah yang melaksanakan qurban?
Setiap orang yang sudah baligh.

4. Hukum aqiqah?
Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasullah saw bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – riwayatAt tarmizi.

5. Hikmah & fadhilat qurban?
-menghidupkan sunnah nabi ibrahim as -mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa. -menghapus dosa & mengharap redho allah -mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati -memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak Rasullah bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

6. Dalil yang kuat mengenai qurban.
Sabda rasullah saw “tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari allah taala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban.Sesungguhnya korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada allah pada suatu tempat dengan kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu” – riwayat at tarmizi & al hakim

7. Hari perlkasanaan qurban?
Pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari tasyrik pada 11,12,13 zulhijjah.

8. Untuk qurban buat bahagian lembu ke?
Kami laksanakan bahagian lembu. I nama atas 1 bahagian lembu. Dan jika ingin qurbankan seekor kambing atau lembu atas 1 nama pun boleh.

9. Boleh ke buat qurban untuk orang yang sudah meninggal dunia?
Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha allah sampai pada ibu bapa mereka

10. Boleh ke saya qurbankan untuk anak saya tetapi saya tak bagitau dia?
Ibadah qurban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya.Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka taahu mereka juga berkorban.Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.

11. Kenapa laksanakan qurban di luar negara?
Kita laksanakan di luar negara kerana nak membantu umat islam yang dalam kesusahan dari segi makanan. Kerana di luar negara umat islam hidup dalam keadaan susah. Di malaysia kadang-kadang daging qurban berlebihan dan mungkin ada yang membazir apabila memperolehinya.Tetapi di luar negra daging-daging tersebut digunakan sebaik mungkin tanpa pembaziran.Dimanfaatkan sebaik mungkin disana.

12. Adakah memadai niat diatas kertas atau telefon sahaja?
Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat.

13. Qurban ini sekali seumur hidup atau tiap-tiap tahun kena buat?
Qurban kalau boleh laksanakan setiap tahun untuk merebut fadhilat yang telah dijanjikan.

14. Boleh ke guna duit bantuan untuk membuat qurban?
Boleh tiada masalah.

15.Ada mengatakan jika kita berhutang maka kena langsaikan hutang dahulu kemudian baru boleh berqurban, betul ke?
Jika hutang yang berpanjangan seperti bayaran rumah, bayaran kereta maka tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup maka tidak perlu untuk dia membuat qurban.

(Visited 203 times, 1 visits today)