1. Syarat yang utama ialah seseorang itu mampu melaksanakan ibadah korban, dan tidak dituntut bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada hari raya Aid adha dan hari-hari tashriq (11, 12 dan 12 Zulhijjah)
  2. Syarat mukallaf untuk seseorang melakukan ibadah korban ialah beragama Islam, merdeka, aqil baligh, bermukim dan berkemampuan.

 

Syarat binatang sembelihan:

  1. Menurut ijmak ulama’ binatang yang harus dijadikan sembelihan korban ialah di kalangan binatang ternakan (bahimah al-an’am)seperti unta, lembu, kambing dan yang seumpama dengannya seperti firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 34 yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.

 

Walaubagaimanapun ulama’ berkhilaf pendapat dalam menentukan binatang mana yg lebih afdal utk dijadikan korban.

  1. Binatang yang hendak dijadikan korban hendaklah daripada binatang yang tiada aib atau cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya.
  2. Usia binatang sembelihan korban adalah berbeza mengikut jenis binatang. Unta disyaratkan telah berumur 6 tahun. Manakala kambing dan lembu disyaratkan telah berusia 2 tahun dan masuk ke umur 3 tahun. Kibash pula disyaratkan telah memasuki umur 2 tahun. Dikecualikan kepada anak kibash/al-da’nyang dipanggil al-jaz‘ umur yang lebih muda iaitu 6 bulan. Namun, pendapat yang sahih dalam mazhab Shafie ialah genapnya setahun.
  3. Usia binatang sembelihan korban adalah berbeza mengikut jenis binatang. Unta disyaratkan telah berumur 6 tahun. Manakala kambing dan lembu disyaratkan telah berusia 2 tahun dan masuk ke umur 3 tahun. Kibash pula disyaratkan telah memasuki umur 2 tahun. Dikecualikan kepada anak kibash/al-da’nyang dipanggil al-jaz‘ umur yang lebih muda iaitu 6 bulan. Namun, pendapat yang sahih dalam mazhab Shafie ialah genapnya setahun.

 

(Visited 10,526 times, 1 visits today)