Walaupun seseorang itu bekerja sebagai cleaner, mereka masih manusia biasa yang membanting tulang empat kerat dalam mencari rezeki yang halal walaupun sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat.
Kita hidup di dunia ini sememangnya memerlukan satu sama lain, biarpun kerja dan status kewangan kita tidak sama. Oleh itu, jangan sesekali memandang rendah atau mencaci mereka yang bersusah payah membanting tulang empat kerat dalam mencari rezeki yang halal.
Perkongsian seorang lelaki di laman Twitter dengan akaun dikenali sebagai Izwan Sajjer telah mencuri perhatian netizen apabila dia menceritakan bagaimana dia rakan sekerja yang lain ‘menyantuni’ makcik cleaner yang pernah berkhidmat di syarikatnya.
Jika disebut kerja cleaner, segelintir orang ingatkan kerja kotor dan dipandang rendah, namun sebenarnya kerja mereka ini sangat mulia dan patut dihrmati seperti juga kerja-kerja lain yang halal.
Dipindahkan tempat baru
Berdasarkan perkongsian lelaki ini, dia menjelaskan makcik cleaner yang dikenali sebagai Kak Jati, merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan disenangi oleh semua pekerja-pekerja syarikat.
Namun begitu, dia terpaksa diberhentikan atas sebab syarikat tersebut terpaksa berpindah lokasi ke ibu kota Kuala Lumpur.
Oleh itu, meskipun berat hati untuk melepaskannya, pekerja-pekerja di situ kemudian berpakat mengambil inisiatif dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada pekerja wanita itu sebagai hadiah perpisahan.
Difahamkan bahawa wanita berkenaan diserahkan kembali kepada agensinya semula sebelum dipindahkan ke tempat lain. Menerusi foto yang dikongsikan , dapat dilihat reaksi gembira Kak Jati apabila menerima hadiah tersebut dan juga sedih sebab terpaksa berpisah.
Semoga dimurahkan rezeki!
Be the first to comment